Terletak berdekatan dengan insititusi pengajian tinggi seperti UNIMAS dan UiTM Kota Samarahan, Seri Baiduri Guesthouse menawarkan perkhidmatan di kawasan strategik dengan harga berpatutan : Rm150 sehari untuk setiap unit.
Apartment ini yang terletak di Vista Ilmu juga berdekatan dengan kedai serbaguna seperti 7e, restoran, kfc, pizza hut, bank, masjid dan kedai kek lapis basah 'homemade' bagi memudahkan urusan harian anda.
Kami mempunyai 2 unit dengan kemudahan yang lengkap dan selamat (kawasan berpagar).
Dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, seisi keluarga dapat menikmati pengalaman percutian yang selesa.
Kami juga menawarkan kemudahan seperti peralatan memasak, pinggan mangkuk, peti sejuk, taman permainan, dewan serbaguna, dan ruang tamu yang lengkap dan selesa.
Juga mempunyai kawasan letak kereta juga luas dan mencukupi. Sekiranya anda memerlukan kereta untuk disewa, kami boleh membantu anda membuat tempahan.
Sesuai untuk percutian keluarga, konvokesyen dan lawatan berkumpulan.
Hanya untuk muslim sahaja.
Pertanyaan lanjut, sila hubungi :
Puan Dayang
012-8804780
atau email ke : seribaiduriguesthouse@gmail.com




0 comments:
Post a Comment